Home
welcome
Barangsiapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim).
Blog ini dibuka untuk mengkongsikan ilmu yang tak seberapa di dada.

tagboard

followers

labels

#4 : Penyebaran Islam

20150802 10:05 PTG
comment (0)
sedikit kata-kata pembukaan sebelum kita sambung. (sumber : the other side of the coin / Aiman Azlan & Ameen Misram)
recorded by al-Bukhari, the prophet PBUH said, "whoever does not give up false statements (i.e telling lies), and evil deed, and speaking bad words to others, Allah is not in need of his (fasting) leaving his foods and drinks (narrated by Abu Hurairah)
hi. kyumi nak sambung mengulangkaji Sejarah (walaupun exam lama lagi tapi.... sekali sekala revise awal.)


Orang Arab Quraisy pada mulanya iri hati dengan pembangunan kerajaan Islam di Madinah. Mereka membuat rancangan untuk menghapuskan Islam dan mencari sokongan orang lain (Orang Yahudi dan penduduk Arab di sekitar Tanah Arab)

Orang Arab Quraisy menolak dakwah Rasulullah atas sebab-sebab berikut :

*klik untuk tumbesaran




Untuk menyebarkan Islam, Rasulullah telah melaksanakan beberapa strategi yang dilakukan setelah peristiwa Hijrah. Antara strategi tersebut ialah : 
  • Menghantar utusan ke Rom, Rom Timur Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah di sekitar semenanjung Arab.
  • Tidak dengan paksaan tetapi dengan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.
  • Menerusi warkah atau surat untuk wujud persefahaman.
  • Peperangan – dengan izin atau bertujuan mempertahankan diri, agama dan negara.
Peperangan dalam Islam 
Peperangan dalam Islam tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya. Ia hanya dibenarkan untuk mempertahankan maruah serta membalas serangan musuh yang mengancam Islam dan penganutnya.
Terdapat beberapa etika peperangan Islam yang tidak dibenarkan seperti
  1. Membunuh orang yang lemah (kanak-kanak, orang tua, orang perempuan dan orang yang menyerah diri)
  2. Tidak dibenarkan merosakkan tanaman dan membunuh haiwan ternakan
  3. Tidak dibenarkan berperang dalam kawasan Masjidil Haram
  4. Tidak dibenarkan meroboh tempat ibadah
Selain itu, terdapat juga sebab-sebab peperangan dibolehkan iaitu :
  1. Jika pihak Islam diserang terlebih dahulu, maka serangan balas boleh dilakukan untuk mempertahankan diri.
  2. Dalam strategi perang Islam, adalah DILARANG SAMA SEKALI untuk menyerang pihak musuh terlebih dahulu.
  3. Peperangan dibolehkan jika orang Islam dizalimi
  4. Peperangan juga dibolehkan untuk menjaga tempat ibadat orang Islam, Yahudi dan Nasrani.
Ini adalah peperangan-peperangan terkenal dalam Islam
  • Perang Badar (624M/2H) - Orang Islam menang
  • Perang Uhud (625M/3H) - Orang Islam kalah kerana ingkar akan arahan Nabi saw
  • Perang Khandak (627M/5H) - Orang Islam menang
  • Perang Tabuk (630M/8H) - Orang Islam menang
Sekian sahaja untuk post kali ini. Doakan kyumi berjaya dalam diagnostik kyumi nanti :") 
Sumber : 
1. http://sejarahformfour.blogspot.com/p/bab-5.html
2. http://gudanginfomuslim.blogspot.com/2014/01/reaksi-kaum-kafir-quraisy-terhadap.html

Label: , , ,


Older posts | Newer Posts
Dashboard | +Follow