Home
♕
welcome
Barangsiapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim).
Blog ini dibuka untuk mengkongsikan ilmu yang tak seberapa di dada.

tagboard

followers

labels

#3 : Perjanjian Aqabah Pertama & Kedua

20150801 9:49 PG
comment (0)
Kebetulan second test kyumi masa hujung bulan Ogos, so ini pun dikira revision untuk kyumi yang tak pernah suka revise awal-awal (jangan contohi tabiat ini)


sumber gambar
Perjanjian Aqabah Pertama (621 M)
  • Sebelum Penjanjian Aqabah Pertama termeterai, orang Aus dan Khazraj dari Yathrib (kini dikenali sebagai Madinah) datang berjumpa Nabi Muhammad SAW semasa di Aqabah
  • Mereka telah memeluk Islam dan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat di Madinah.
  • Ketika musim haji 621 M, sekumpulan suku Aus dan Khazraj dari Madinah datang mengunjungi Baginda s.a.w lagi sekali. Tujuan mereka adalah untuk menjalinkan hubungan erat antara kedua-dua pihak dan mereka telah memeterai Perjanjian Aqabah Pertama.
  • Selepas perjanjian ini, Nabi Muhammad telah menghantar Mus'ab bin Umair untuk berdakwah dan menyebarkan Islam di Madinah.
“Siapakah kalian ini?” tanya Rasul setelah saling bertatap muka.
“Kami orang-orang dari Khazraj,” jawab mereka.
“Sekutu orang-orang Yahudi?” tanya Rasul.
“Benar,”
“Mahukah kalian duduk-duduk agar saya berbincang-bincang dengan kalian?”
“Baiklah.”
Antara isi Perjanjian Aqabah Pertama

  1. Suku Aus & Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
  2. Suku Aus & Khazraj berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW
  3. Suku Aus & Khazraj berjanji akan meninggalkan amalan Jahiliah seperti minum arak, mencuri, berzina dan membunuh anak perempuan.
Perjanjian Aqabah Kedua (622 M)

sumber rujukan 
  • Perjanjian Aqabah Kedua ditandatangani oleh Nabi Muhammad SAW dengan suku Aus & Khazraj
  • Kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam telah mendorong dan juga menjadi faktor kejayaan kepada penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah.
Isi Perjanjian Aqabah Kedua 
sumber rujukan (slide ke-18)

Sumber : [1] [2] , Buku rujukan Sejarah Tingkatan 4 kyumi yang terkoyak 

sekian sahaja untuk kali ini. Oh, kyumi nak cadangkan dekat semua supaya baca buku berjudul 'The Other Side Of The Coin' by Ameer Misram & Aiman Azlan (mempromosikan novel kegemaran kejap hihi)

Salam,
Kyumi.

Label: , , ,


Older posts | Newer Posts
Dashboard | +Follow