Home
welcome
Barangsiapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim).
Blog ini dibuka untuk mengkongsikan ilmu yang tak seberapa di dada.

tagboard

followers

labels

#5 : (tutorial) Cara Mencari Profile ID

20150805 9:52 PTG
comment (0)
Terasa bosan asyik buat sejarah je. Tadi pun baru habis bab 6 Sejarah masa kelas. Jadi hari ni kyumi nak buat satu tutorial ringkas. (ringkas kut. rasanya inshaallah)


Tutorial hari ni nak ajar macam mana nak cari Profile ID dekat blog anda.

kejap, profile ID tak sama ke dengan blog ID?
Tak sama. Lain sangat. Profile ID ni jarang digunakan, tapi kyumi pernah pakai profile ID untuk letak widget label kat blog ni. (Widget label ni pakai profile ID dan blog ID, jadi memang terang lagi bersuluh benda ni berbeza.)

Mari kita mulakan!

1) Buka blogger.com. Di sebelah kanan anda sepatutnya ada benda ni :

klik jika gambar terlalu kawaii untuk dilihat.

2) Kemudian, klik pada butang gear (?) tu. Sekali lagi, sepatutnya keluar benda yang macam ni :

klik jika gambar terlalu kawaii untuk dilihat.

3) Tekan pada 'Revert to Blogger profile.' Benda ni akan buat blog anda pulang kembali ke zaman sebelum Google + wujud. (Yang juga sebenarnya favourite layout kyumi.)

4) Lepas dah setuju nak guna limited layout tu, letak nama profile kau dan semua tu, dia akan keluar benda yang macam ni.

klik jika gambar terlalu kawaii untuk dilihat.


5) Tekan dekat profile yang atas kanan tu hah. Hah yang tu lah. Dia akan keluar something ala-ala macam ni. Lepastu, tekan 'Blogger profile'

klik jika gambar terlalu kawaii untuk dilihat.



6) Langkah terakhir! Anda akan dapat window yang tunjukkan list-list blog anda. Sekarang, perhatikan ini

klik jika gambar terlalu kawaii untuk dilihat.


Nampak tak yang dibulatkan (secara hodohnya. hahahahha) itu? Hah, itulah dia profile ID nya. Ia boleh dicopy kan, kemudian jika ingin kembali ke dashboard yang baru, tekan sahaja 'Switch to Google + profile' yang dekat butang gear jugak.

Dan akhirnya selesai sudah tutorial pertama kyumi (gelak sikit). dah, harap semua dapat faham apa yang kyumi cuba ajarkan. (sebab kyumi sangatlah tak reti ajar orang langsung ;___________;)

p/s : sebenarnya ada cara lain rasanya, tapi..... takpelahh. hehe.

Label:


Older posts | Newer Posts
Dashboard | +Follow