Home
welcome
Barangsiapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim).
Blog ini dibuka untuk mengkongsikan ilmu yang tak seberapa di dada.

tagboard

followers

labels

travelog kyumi : pengembaraan ke eropah pt 1

20151209 4:54 PTG
comment (0)
Bismillah. Kyumi dah habis baca sebuah novel (Eleanor&Park sangatlah sedih. Hm) Jadi Kyumi ingin update tentang perjalanan Kyumi ke Eropah pada minggu lepas (Hu~)

p/s : Kyumi ni acah reti amik gambar. Ulang suara. Acah. (Semua gambar di bawah diambil dengan menggunakan Nikon D3100.)

Ok, mari mulakan!



Eropah (bahasa Greek: Ευρώπη/Evropi) ialah sebuah benua yang yang berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, Laut Kaspia, Pergunungan Caucasus dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut Mediterranean di selatan.
Hakikatnya, Kyumi hanya pergi dalam tiga negara sahaja (Cukuplah untuk seminggu tu sobs ;;;; Penat tau 12 jam lebih dalam flight) Jadi.... um ye.

Day 1-2 (Naik flight)
Flight tolak pukul 11.50pm Adoi :") Seronok dari Johor tolak naik KL petang tu. Ni pun first time naik flight yang bukan MAS ataupun Air Asia. Jakun sekejap (tapi Kyumi sedih sebab dalam flight tu takde lagu Melayu, Nasib bawak mp3 ;A;)

Lepas sampai dekat Schipol International Airport (Amsterdam Airport Schipol) terus transit untuk pergi ke Paris!!!! (45 minit dalam flight, dapat tengok matahari nun indah dari tingkap kapal terbang. Walaupun dah separuh mabuk dan rasa nak terjun dari flight. Huhu)

paris!!!!!!!

Day 2-tengahari (Tour kelilingi Paris)
Bila sebut Paris, di minda semua mesti terfikir Eiffel Tower, kan. Jadi tulah tempat kedua Kyumi singgah. Tempat pertama.... Kyumi tak ingat namanya. Minta maaf. Lepas tu, Kyumi naik cruise dan melihat sekeliling Paris sambil cuba untuk memahami apa yang diterangkan dalam bot. (Sebab Kyumi mengalami jetlag, ataupun Kyumi memang jenis yang kuat tidur. Hehe) Paris sangat cantik waktu musim salji ni, tapi sayangnya.. Paris tak akan pernah turun salji. (Ni, kawan Kyumi yang cakap. Dan dia orang France. #sumberdiyakini)

kalau ada sesiapa yang tahu sila komen ya ^^

mari mulakan spam gambar.

                           

                                       








Paris juga digelar 'The City Of Lights'. Dan sesungguhnya Kyumi sangat setuju tentang gelaran tu. Pemandangan Paris di siang hari dan malam sangat berbeza <3 Dan cantik. 

eye of paris versi berlampu//oggles


part 2 akan tiba bila kyumi terasa rajin. sekian. 
kyumi.







Label:


Older posts | Newer Posts
Dashboard | +Follow