Home
welcome
Barangsiapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim).
Blog ini dibuka untuk mengkongsikan ilmu yang tak seberapa di dada.

tagboard

followers

labels

#1 : Sistem Tulisan Tamadun Mesopotamia

20150727 10:11 PTG
comment (0)
Bismillahirrahmanirahim.
Pada hari ini Kyumi akan menerangkan serba sedikit mengenai sistem tulisan dalam Tamadun Mesopotamia.

Sebelum itu, adakah anda semua tahu apa itu tamadun Mesopotamia?

Mesopotamia ialah nama sebuah kawasan di sistem Sungai Tigris-Euphrates, yang kini merupakan negara Iraq, Kuwait, timur laut Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Perkataan Mesopotamia berasal daripada perkataan Yunani purba iaitu  μέσος (meso) yang bermaksud tengah dan ποταμός (potamia) yang bermaksud sungai, sekaligus jelas menunnjukkan kawasan tamadun ini yang terletak di antara dua sungai tersebut.

Bahagian Mesopotamia boleh dibezakan mengikut dua nama; Mesopotamia Utara dan Mesopotamia Selatan. Mesopotamia Utara, yang juga dikenali sebagai Jazira ialah kawasan di antara Euphrates dan Tigris dari sumbernya sehingga ke Baghdad. Mesopotamia Selatan pula terdiri daripada Iraq selatan, Kuwait dan sebahagian timur Iran.


peta yang menunjukkan kawasan tamadun Mesopotamia

Bahasa awal yang diamalkan di Mesopotamia ialah bahasa Sumeria. Selain Sumeria, bahasa Semitik juga diamalkan di tamadun tersebut. Bahasa Sumeria ditulis dalam bentuk cuneiform, iaitu dalam bentuk bergambar. Ia diamalkan dari 3300 SM sehingga 100 M. Sebelum menggunakan sistem cuneiform ini, masyarakat Mesopotamia telah mengamalkan penggunaan token tanah liat, iaitu bahan tanah liat yang bersaiz kecil dan berbentuk abstrak. Token-token ini digunakan untuk mengira hasil pertanian dan barang perkilangan. Namun begitu, setelah menghadapi beberapa masalah berkaitan penyimpanan token ini, warga Mesopotamia mula mencari langkah alternatif untuk mengingati jumlah token yang disimpan; dengan melukis gambar token-token tersebut pada permukaan pasu yang menyimpan token itu.

Setelah sekian lama, masyarakat Mesopotamia mula berhenti menggunakan token tersebut. Malah, mereka lebih tertarik kepada simbol-simbol pada permukaan di permukaan tanah liat yang basah. Selain simbol-simbol itu, mereka juga melukis simbol yang berkaitan rapat dengan alam semulajadi. Mereka mula mencipta tanda-tanda untuk menunjukkan bilangan sesuatu barang. Contoh penggunaan ini dijumpai di bandar Uruk dan Jamdat Nasr pada 3300 SM.



Ini merupakan contoh sistem tulisan Sumeria. Seperti yang anda lihat, ia mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Pada mulanya, tulisan ini ditulis dari atas ke bawah, tetapi ia kemudiannya berubah menjadikannya ia bermula dari kanan ke kiri. Tulisannya juga berubah daripada menjadi melengkung ke bentuk-bentuk tajam. Perubahan ini telah mengubah tulisan Sumeria yang linear menjadi tulisan cuneiform. Menarik kan?



Sistem tulisan Sumeria ini seterusnya telah diadaptasikan dan diubahsuai oleh warga Akkadi dan Babylon. Bahasa Sumeria mati pada abad ke-18 SM sebagai satu bahasa yang digunakan dalam perbualan. Namun begitu, ia masih hidup sebagai satu bahasa yang dipelajari. Dengan ini, bahasa Sumeria digunakan sehingga abad pertama Masihi, menjadikannya ia bahasa yang paling lama digunakan dalam dunia.

Setakat ini sahaja post pertama Kyumi mengenai tamadun Mesopotamia. Sebenarnya tamadun Mesopotamia ini merupakan tamadun kegemaran Kyumi. Saya harap anda semua dapat memahami topik ini.

//sekadar perkongsian tambahan :)


Salam, 
Kyumi.

Sumber : 


Label: , ,


Older posts | Newer Posts
Dashboard | +Follow